Cara Mengatasi BSN OTP Request Unsuccessful
Internet TutorialJika anda mengalami masalah yang sama seperti dalam perkongsian saya pada hari ini. Maka, anda perlu menghubungi pihak BSN ataupun berjumpa di mana-mana kaunter BSN yang berdekatan untuk meminta bantuan daripada pihak BSN agar nombor telefon anda didaftarkan ke akaun Bank BSN anda.
Mungkin ini adalah antara masalah kenapa status OTP Request anda Unsuccessful:
- Tidak memasukkan nombor telefon semasa membuka akaun Bank BSN.
- Lewat mendaftar myBSN online bagi mereka yang membuka akaun BSN 3/4 tahun lalu.
Kini, myBSN tidak lagi menerima pendaftaran nombor telefon melalui ATM kerana,,,, saya pun tidak tahu kenapa. Peraturan ini dikemas kini sejak 1 March 2018 yang lalu:
https://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=1105
Jadi, sebarang urusan ataupun kemas kini mengenai Akaun Bank BSN ini kini hanya merujuk di kaunter Bank sahaja. Semoga info ini berguna untuk kita semua. Dan jika anda mempunyai sebarang persoalan, penambahan, hal-hal lain dan sebagainya. Sila tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dan terima kasih.