Sabtu, 21 Mac 2020

Pengalaman Menggunakan Broker OctaFX Pada th2020

Pengalaman Menggunakan Broker OctaFX Pada th2020

Pengalaman Menggunakan Broker OctaFX Pada th2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang saya kasihi sekalian. Ok! hari ini saya mau kongsikan kepada anda tentang salah satu Broker yang mungkin bikin anda tertarik nanti selepas anda menggunakkan nya untuk Trading Forex sebagai Broker idaman anda. Haha!

Ok, baru-baru ini. Ada orang tanya sama saya ba, nama dia c Rahsia. Dia bilang "macam mana bha Broker OctaFX ne, ok ka juga? macam mana pembayaran? deposit? spread?". Terus, kamu tau apa saya jawab sama tu orang? "Nantikan jawapan saya di blog gdonvideo.com saya, terima kasih sebab bagi idea untuk konten baru saya! hehe".😁😁

Pengalaman Menggunakan Broker OctaFX Pada th2020

Sebenarnya, saya kenal OctaFx ini dari salah satu group forex signal yang terpadu Signal nya di Asia iaitu #USDZONE. Mereka menggunakan boker OctaFX untuk setiap signal yang mereka keluarkan. Jadi, mau teda mau. Terpaksa lah saya tukar broker dari InstaForex kepada OctaFx sebab pergerakan candlestick dia memang teda sama dengan signal yang USDZONE bagi.

Jadi, ini lah dia pengalaman saya menggunakan Broker OctaFX:
  • Spread lebih kecil berbanding InstaForex, jika anda pernah menggunakan Broker Xm. Lebih kurang macam begitu la spread OctaFX, namun! jika saya bandingkan perbezaan spread XM dengan OctaFX. OctaFX lebih kecil sedikit spread nya berbanding broker Xm.
  • Dari segi deposit pula, OctaFX support untuk semua bank yang ada di malaysia. Jika anda deposit menggunakan Online Bankin, semua bank malaysia pun boleh kecuali BSN (bank simpanan nasional). Namun, jika anda deposit melalui ATM iaitu (menggunakan pindahan segera wang). Semua bank pun boleh, yang penting reset itu harus dihantar sebagai bukti.
  • Dari segi withdraw, anda hanya perlu buka OctaFX apps - login akaun trading - withdraw amount - masukkan nombor akaun bank - masukkan pin trading anda - tunggu dalam beberapa minit / jam - selesai! mudah bukan?
  • OctaFX support Mt4 atau Mt5 untuk trading. Namun, jika anda malas menggunakan mt4. Hanya gunakan apps octaFx untuk trading kerana octafx pun menyediakan pergerakan candlestick mata wang.
  • OctaFx support untuk semua mata wang, kecuali mata wang 0 spread. Contohnya seperti #USDX, #K00i dan sebagainya.
  • OctaFX beroperasi pada hari isnin - Jumaat. Semua pengurusan kewangan akan dibuka pada hari isnin - jumaat bermula pada jam 12.00 PM sehingga 11.00 PM.
  • Jika anda mempunyai sebarang masalah, meminta bantuan, atau perlu menghubungi OctaFX. Anda hanya pergi ke octaFX apps - klik Live Contact. Simple saja kan!
  • Oh, satu lagi sebelum saya lupa! Setiap anda deposit ke akaun trading OctaFX anda. Kita akan mendapat bonus equity sebanyak 50% dari jumlah deposit anda. Namun, setelah syarat bonus 50% itu sudah dipenuhi seperti selesaikan 10.00 lot untuk mendapatkan 25$. Maka 50% bonus itu akan masuk ke akaun trading balance anda secara kekal dan anda boleh keluarkan bonus tersebut ke bank anda.

Saya mula menggunakan broker OctaFX ini pada awal bulan tahun 2020. Jadi, tiada sebarang masalah yang saya dapati. Semua nya lancar dan OKOK jee, kecuali MC la. wkwkwk! apa pun, anda jangan risau kerana broker ini pernah menjadi BEST BROKER IN ASIA pada tahun 2019 lalu. Jadi tidak perlu risau lah kerana broker ini memang terpercaya dari segi penipuan.


Rasa nya, setakat disini sahaja yang boleh saya kongsikan kepada anda mengenai review & pengalaman saya tentang broker OctaFX trading ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kurang faham, hal-hal lain dan sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dari saya #gdonvideo dan papai👋👋👋.
Add Comments


EmoticonEmoticon