Mudahnya cara daftar BSH, bagi mereka yang sedang mencari rujukan untuk cara daftar atau buat permohonan baru BSH (Bantuan Sarah Hidup) untuk siri 2020 ini. Berikut adalah tutorial nya.
Untuk makluman, sebelum anda daftar BSH ini. Sila pastikan bahawa anda sudah membuat pendaftaran untuk BPN iaitu (BANTUAN PRIHATIN NASIONAL). Jadi, segala maklumat mengenai butiran-butiran anda seperti nombor akaun bank dan sebagainya akan dirujuk ke akaun BPN anda.
Jadi, saya sudahpun sediakan rujukan untuk cara daftar BPN (Bantuan perhatin Nasional) disini gdonvideo.com. Klik untuk melihat melalui button dibawah sini. TQ
Bagaimana Cara Daftar BSH Secara Online:
Berikut adalah cara daftar akaun BSH. Pertama, pergi ke laman web bsh hasil gov my atau klik button dibawah ini untuk pergi ke laman web rasmi BSH.
Selepas itu, klik MyBSH! jika anda menggunakan browser laptop, klik dibahagian seperti dalam gambar rajah dibawah ini.
Seterusnya, kita akan diminta untuk memasukkan nombor IC / kad pengenalan. Masukkan dan klik Semak.
Selepas itu, jika anda belum pernah daftar akaun BSH ini, anda akan diberi satu soalan. Contohnya seperti dalam gambar rajah dibawah ini. Anda jawab saja dengan benar dan klik Teruskan.
Seterusnya, semak nama dan no pengenalan anda. Jika betul, masukkan kata kunci keselamatan anda dan pilih jawab soalan kedua sehinggalah soalan yang kelima.
Jika sudah selesai, maka halaman pendaftaran yang terakhir akan terpapar seperti dalam gambar rajah dibawah ini. Semak semula dan hafal jawapan anda kerana ia berguna untuk masa akan datang. Langkah terakhir adalah, klik button Teruskan dan akaun anda berjaya didaftarkan.
Sekarang, untuk memastikan akaun anda benar-benar didaftarkan. Sila log masuk akaun anda ke laman web rasmi BSH. Caranya adalah, pergi ke laman web bsh.hasil.gov.my dan klik Log Masuk.
Bagaimana Cara log Masuk Akaun BSH?
Caranya adalah, klik log masuk → masukkan nombor Ic → klik button semak → salin kode recaptcha dan tekan semak.
Pendaftaran BSH kita telah berjaya jika paparan seperti dalam gambar rajah dibawah ini. Sekarang, kita hanya tunggu pemberitahuan melalui SMS sahaja lagi jika permohonan berjaya didaftarkan oleh pusat.
Sekian dari gdonvideo.com. Semoga rujukan ini dapat membantu anda disana dan jika anda mempunyai sebarang persoalan, penambahan dan sebagainya. Sila tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini ya. Babaii & see you in my next posts.
Catat Ulasan