Perkongsian Hasil Rumusan Trader Loss Rm100k (3Tahun)
RAHSIA TRADING TANPA MC
Salam sejahtera semua.
Perkongsian ini adalah hasil rumusan saya selepas loss melebihi rm100k dalam tempoh 3 tahun pertama sebagsi pendepo tegar. Selepas itu berlatih berpuluh2 akaun demo, sepanjang latihan itu saya temui beberapa JALAN SELAMAT dan JALAN TIDAK SELAMAT untuk trading. Akhirnya saya aplikasikan penemuan saya dalam akaun sebenar dan berhasil profit 100% semua akaun selepas itu. Berikut adalah RAHSIA TRADING TANPA MC berdasarkan pengalaman dan hasil rumusan saya.
Rumusan dibawah adalah berdasarkan penggunaan broker instaforex. Jika anda berdagang selain dari broker instaforex, anda perlu kecilkan saiz lot 10x ganda.
1. Money Management:
(A) LOW RISK
- Gunakan saiz lot
- Trade intraday: E/2000
- (SL 50 pip)- Risk 2.5%
- (E=Equity)
(B) MEDIUM RISK
- Gunakan saiz lot
- Trade scalping: E/1000
- (SL 50 pip) - risk: 5%
- (E= equity)
2. Pilih dan kekalkan hanya 1 atau 2 currency pair yg anda suka. Jgn amalkan trading multi-pair (berbilang pair). Fokus hanya 1 atau 2 pair akan membolehkan anda mengenali pattern, characteristic atau daily average pair tersebut dengan lebih mantap. Tak kenal maka tak cinta.
3. JANGAN sesekali abaikan setting STOP LOSS. Setting terbaik ialah risiko kurang dari 5% dari nilai equity anda (lihat setting money management diatas).
4. JANGAN sesekali trade GOLD atau XAUUSD jika equity anda kurang dari 1k$ ini kerana gold mempunyai volatility yg amat tinggi dan kurang terikat dengan analisa teknikal.
5. JANGAN buka MT4 jika anda sedang menghadapi urusan penting atau sedang menghadapi masalah yang boleh mengganggu konsentrasi dan emosi anda.
6. JANGAN sesekali trade multi-layer seperti menara KLCC walau pun lot semut agar setting SL tidak terabai. Amalkan trade hanya 1 posisi setiap entry. JANGAN BUKA ENTRY BARU SELAGI POSISI SEDIA ADA BELUM CLOSE.
7. Kawal emosi anda. Jangan tamak. Ingatlah bahawa forex bukan SKIM CEPAT KAYA atau skim untung BANYAK dalam masa yg singkat. Sabar menunggu peluang entry terbaik atau sehingga setting PO anda diaktifkan.
8. Sentiasa merujuk berita di forexfactory. com atau lain2 portal berita forex.
9. JANGAN melakukan trading ketika news release. Tunggu arah trend sebenar berdasarkan data sekurang2nya 5 minit selepas news release (sebaiknya jangan masuk sebarang entry).
10. Rujuk indicator, SNR atau Trendline sebelum entry. Cara trading terbaik ialah membuat PO Buy Limit atau PO Sell Limit di SNR. Elakkan entry "manual execution" atau "instant entry" agar setting SL tidak diabaikan.
11. Pastikan semua setting PO anda adalah mengikut arah trend BUKAN melawan trend. Trend market boleh dilihat pada TF yg lebih besar spt daily dan weekly.
12. JANGAN sesekali mengejar harga. Kelak anda akan menghadapi situasi "Enter BUY.. harga turun terpaksa cut loss. Enter SELL.. harga naik semula terpaksa cut loss lagi. Jika anda amalkan cara trading sedemikian sampai bila pun anda tidak akan mendapat apa2 profit sehingga equity anda habis.
13. Tetapkan sasaran anda 5% atau 10% profit sehari. Jika sasaran tercapai tutup MT4 dan berhenti trading. Disiplin memainkan peranan sejauh mana anda mematuhi peraturan yang anda sendiri tetapkan. Sekali lagi JANGAN TAMAK. Tidak perlu mengadap MT4 sepanjang masa.
14. Tidak kira berapa jumlah equity anda, amalkan withdraw profit 'terkumpul' anda setiap 20% atau 30% sekali. Simpan profit anda dalam akaun bank, BUKAN dalam akaun trading. Anda hanya perlu kekalkan modal asal di akaun trading anda.
15. JANGAN buat compounding.
Tak perlu grow akaun kerana ia akan mempengaruhi emosi anda sehingga anda merasa diri anda dah hebat lalu lupa diri dan gagal mengawal emosi lalu melanggar semua peraturan diatas akibatnya jadilah seperti 'pi mai pi mai tang tu' dan anda akan terus kekal sebagai pendepo tegar.
Jika anda ikuti dan patuhi apa yang saya kongsikan diatas, in shaa Allah anda mampu masuk golongan trader yang "DEPOSIT SEKALI WITHDRAW BERKALI-KALI". Namun demikian anda wajib menuntut ilmu untuk mengetahui dimana 'peluang entry terbaik' dan dimana harus 'take profit'.
TANPA ILMU, ANDA TIADA APA-APA UNTUK DI WITHDRAW.
Sekian perkongsian ilmu dari saya. Semoga akaun anda TIDAK lagi MC selepas ini.
Nordin Abdullah,
IB Instaforex.
Ulasan
Catat Ulasan