Hello semua! hari ini saya nak share kepada anda tentang bagaimana cara membuat atau menjadikan Google playstore kita menjadi gelap. Kalau orang putih bilang Dark Mode. Jadi, bagaimana cara kita buat google play store menjadi dark mode.
Cara Buat Dark Mode Google Play Store:
Sejak akhir-akhir ini, penggunaan DARK MODE adalah merupakan salah satu cara untuk mengurangkan masalah pada kesihatan mata akibat daripada sinaran cahaya pada telefon kita. Ramai diantara mereka yang diluar sana telah mengalami gejalah ini termasuk saya sendiri. Oleh itu, salah satu cara untuk mengurangkan gejalah ini adalah penggunaan tema hitam agar sinaran cahaya tidak terlalu terang jika dilihat.
Namun, perkongsian pada kali ini adalah mengenai Google PlayStore! ramai yang tidak sedar bahawa google playstore juga menyediakan penggunaan Dark Mode di pengaturan. Sedar x sedar, berikut adalah Cara memasang Dark Mode di Google Play Store.
Pertama, pergi ke google play store ➞ settings ➞ Theme. Kemudian, tukarkan Light kepada Dark.
Hasilnya nanti akan jadi seperti dalam gambar rajah dibawah ini.
Begitulah cara memasang atau membuat dark mode pada google playstore kita. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaam, penambahan, lain-lain dan sebagainya. Sila tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dan terima kasih!
Catat Ulasan