Tutorial Cara Cek Nombor Telefon Scam / Scammer
Info Internet Tutorial
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pemaca yang saya kasihi sekalian, Ok! hari ini. Saya berkesempatan untuk share kepada anda semua tentang Bagaimana cara kita semak / cek panggilan nombor telefon scammer terutama di Malaysia.
Cara ini saya selalu gunakan apabila saya dihubungi oleh nombor telefon yang tidak dikenali, terutama panggilan yang tiba-tiba nak cerita pasal masalah itu ini, masalah transaksi, salah barang, minta bayar pinjaman, SAMAn dan sebagainya. No, itu semua SCAM!
Tutorial Cara Cek Nombor Telefon Scam / Scammer:
Berikut adalah cara bagaimana cara kita semak atau cek nombor telefon scammer supaya kita semua dapat maklumat dengan siapa yang kita telefon pada ketika itu bagi mengelakkan daripada berlakunya kecuaian / tertipu.
Pertama, pergi ke laman web CCID Portal atau boleh klik button dibawha ini:
Selepas itu, tukarkan kategori (akaun bank) kepada nombor telefon untuk semakan nombor panggilan yang tidak dikenali.
Seterusnya, masukkan no telefon yang tidak dikenali → isikan captcha → Semak maklumat.
Jika mempunyai rekod, sila buat laporan polis yang berdekatan. Begitulah cara cek nombor telefon scammer secara atas talian. Jika anda mempunyai sebarang penambahan, persoalan, lain-lain dan sebagainya. Sila tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah ini. Sekian dan terima kasih!