Sabtu, 5 Disember 2020

Cara masak Sup Tauhu Malaysia Dengan Mudah

Cara masak Sup Tauhu Malaysia Dengan Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua buat pembaca-pembaca yang saya kasihi sekalian. Hari ini, saya nak berkongsi sedikit mengenai kongsep "Bagaimana Cara masak Sup Tauhu Versi Malaysia Dengan Mudah Dan Lezat" disini secara bertulis & bergambar. 

Cara masak sup tauhu

Pertama, anda perlu sediakan bahan-bahan berikut:

  • 2 telur ayam
  • Tepung Gandum
  • Tepung Jagung
  • Tafu / Tauhu 
  • Isi ayam
  • Sotong
  • Serbuk lada hitam
  • Sos Tiram
  • Bawang Putih
  • Sayur Pilihan (Lobak/cendawan/kubis/sayur manis/lada)
  • Garam
  • Minyak Masak


Bagaimana cara masak sup tauhu versi Malaysia dengan mudah? berikut adalah langkah-langkahnya secara kongsep:

  1. Pertama, hiriskan tauhu dan letakkan tepung gandum agar ia tidak pecah apabila dimasak. Selepas itu, panaskan kuali ➝ letakkan minyak ➝ goreng tauhu tersebut.
  2. Seterusnya, Panaskan kuali baru ➝ letakkan minyak ➝ letak & masakkan bawang, Isi ayam & Sotong. Selepas itu, tuangkan sos tiram.
  3. Langkah selanjutnya, tuangkan 1 mangkuk air ➝ letakkan sayur pilihan ➝ letakkan serbuk lada hitam, 1 senduk garam dan tunggu sehingga ia mendidih
  4. Selepas itu, letakkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air ➝ masukkan telur ➝ masukkan tahu yang sudah digoreng dan tunggu sehingga ia masak!


Dan selesai! begitulah cara masak sup tauhu secara ringkas Versi Malaysia. Untuk lebih detail lagi, anda boleh tonton video ini melalui link yang telah saya berikan dibawah ini:

https://www.youtube.com/watch?v=981JfKSBSMk


Jika anda mempunyai sebarang persoalan, penambahan, lain-lain dan sebagainya. Jangan malu & jangan segan untuk tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah ini. Sekian dan terima kasih!

Add Comments


EmoticonEmoticon