Tutorial Cara Daftar Permohonan baru BPR (Bantuan Perhatin Rakyat)

BPR WALLPAPER
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang saya kasihi sekalian. Ok, hari ini saya nak kongsikan kepada anda tentang bagaimana cara daftar atau buat permohonan baru atau, kemaskini akaun BPR (Bantuan Perhatin Rakyat) yang telah dilancarkan oleh PM semasa belanjawan 2021 disini secara bertulis dan bergambar.

Cara Daftar Permohonan Baru BPR (Bantuan Perhatin Rakyat):

Secara umumnya, syarat kelayakan untuk permohonan bpr ini adalah sekurang-kurangnya diatas 21 tahun dan warganegara Malaysia.

Pertama, sila layari laman web rasmi bpr.hasil.gov atau boleh klik button dibawah ini:


Selepas itu, klik Log Masuk.

Seterusnya, masukkan nombor ic anda dan klik semak. Jika memang anda belum membunyai akaun sebelum ini, akan ada button untuk daftar akaun disana. Klik Daftar Akaun.

Selepas itu, masukkan kata kunci keselamatan anda dan lengkapkan soalan-soalan yang diberikan. Sesudah itu, anda akan diminta untuk membuat password. Password yang sangat dicadangkan adalah mempunyai huruf besar dan huruf kecil, bersimbol dan bernombor. Contohnya seperti ini: Gdonv-21

Sesudah didaftarkan, sekarang. Sila log masuk akaun BPR anda dengan cara pergi ke menu utama dan klik Log Masuk. Selepas itu, sila lengkapkan butiran-butiran yang diberlukan. Untuk bahagian dokumen sokongan, abaikan bagi mereka yang masih berstatus bujang. Jika sudah kawin, sila gambar dan muat naik sijil nikah anda di bahagian dokumen sokongan.

Selanjutnya, klik teruskan untuk pengesahan. Cara pengesahannya adalah, salin semula perkataan yang telah diberikan dan klik sahkan captcha - hantarkan permohonan.

Begitulah cara buat permohonan baharu untuk Bantuan perhatin Rakyat (BPR). Tidak usah bersusah paya pergi ke Pejabat LHDN kerana permohonan ini boleh dibuat secara atas talian. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Link Download Kebaya Merah Full Hd Tanpa Iklan Di Mediafire

KKN Di Desa Penari Bluray Kualiti Link Google Drive

Download KKN Desa Penari Film Penuh Link Ada Di Sini