Selasa, 23 Februari 2021

BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) Saya Belum Masuk

BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) Saya Belum Masuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca-pembaca yang saya kasihi sekalian, hari ini saya nak bercerita sedikit tentang rezeki saya mengenai BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) yang mana tiada rezeki saya untuk merasa bantuan daripada BPR 2021.

BPR (Bantuan Prihatin Rakyat)


Sedihnya, BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) Saya Belum Masuk:


Saya menamatkan zaman bujang saya pada pertengahan bulan Ogos 2020. Lalu, semasa dalam pembentangan bujet 2021 yang lepas. Kerajaan telah pun memperkenalkan BPR iaitu (bantuan Prihatin Rakyat) tukar kepada BPN. 


Jadi, semasa dalam tarikh pembukaan untuk permohonan BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) pada bulan 15 November. Saya telah pun kemaksini permohonan saya dari status Bujang kepada Berkahwin dan kemaskini butiran-butiran yang diperlukan. 


Pada awal bulan Januari 2021, status permohonan untuk BPR saya telah pun diterima sehinggalah kini 23/02/2021. Bila cek dalam akaun bank, masih belum masuk. Padahal, kawan-kawan saya yang lain telah pun terima Bantuan Prihatin Rakyat. 


BPR (Bantuan Prihatin Rakyat)


Jadi, mungkinkah saya ini tidak layak? mungkinkah saya salah isi? atau masalah teknikal / diabaikan? kamu pula, bagaimana? sial kongsikan status permohonan anda dibawah sini.

Add Comments


EmoticonEmoticon