Berkongsi Pengalaman Saya Main Winbox Online
Siapa pernah main WinBox? Kepada kaki penjudi, berhentilah bermain judi sebelum terlambat. Berikut adalah perkongsian kisah hidup dan benar saya kepada anda semua.
Sebelum saya belum mengenali permainan ini. Hidup saya aman dan damai. Tidak ada tekanan, tidak ada yang perlu difikirkan, selalu beribadat, dan bertungkus lumus dalam membuat apa-apa kerja demi mencari rezeki walaupun kecil tetapi HALAL!
Saya mempunyai keluarga kecil. Sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak kecil pada masa kini. NAMUN, hidup saya semakin hancur ketika terjebak dengan permainan judi online iaitu Winbox.
Diringkaskan cerita, saya main judi ini bermula pada 2021 bulan januari dan menang di winbox sebanyak RM3600 dalam 1 malam. Dan dari situlah saya berubah! Beribadat x buat, makan tidur tidak tenang, mood happy sangat. Beli itu beli ini dan last² nak main winbox lagi dengan harapan. Nak tambah duit poket lagi.
Dari situlah saya lost control. Sedikit demi sedikit, wang simpanan saya berkurangan dan last² habis. Gaji bulan depan, main lagi. Ada untung tapi rugi banyak. Sehingga pada masa itu, saya langsung x ada duit poket. Nak pergi kerja pun, tidak ada duit untuk minyak kenderaan. Aduh. Sehinggalah pada masa itu, saya ambil duit bini untuk duit poket.
Ada duit poket sebanyak RM250. Diguna lagi untuk main winbox, dengan harapan. Dapat pulangkan duit yang telah rugi sebelum-sebelum ini. Saya main memang untung, dha cuba teknik untuk money management tapi sama juga ditelan. Sehingga pada suatu hari, nak belikan pampes untuk budak pun tidak mampu. Waduhh. Sedihnya kehidupan.
Sehinggalah sekarang 2 september 2021. Saya berazam sangat dan berjanji pada diri sendiri agar tidak lagi bermain judi. Konten ini saya tuliskan dari hati dan tangan saya sendiri. Siapa yang faham dan tak faham tu, peduli lah kamu kerana disinilah tempat saya untuk meluah.
Nasihat saya sangat-sangat kepada korang semua. Berhentilah sebelum terlambat. Kata-kata ini simple tetapi membawa sejuta makna. Kerja kecil biar halal, jangan kerana kerja mudah tetapi hutang keliling pingang ya. Terima kasih.
#dha_insaf
Ulasan
Catat Ulasan