NASIHAT SAYA DARI PENGALAMAN KERJA SEBAGAI PSH.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang saya sayangi😅. Okey, artikel kali ini akan saya kongsikan kepada anda mengenai isi hati pengalaman saya kerja sebagai jawatan PSH. Baca, fahami dan renungi lah sendiri dari isi hati saya sendiri sebelum buat keputusan untuk kerja sebagai PSH (Pekerja Sambilan Harian).
PSH atau lebih dikenali sebagai Pekerja Sambilan Harian adalah jawatan bertaraf sementara. Jangan anda fikir bahawa Jawatan PSH ini TETAP. Tidak, bila-bila masa anda akan dibuang. Jika kerja anda berperistasi bagus. Mungkin ada harapan ke jawatan tetap, itupun jika dapat bos yang bagus.
PSH ini kamu akan bekerja mengikut masa kerja (office hour) dari jam 8am-5pm. Jangan kerja lebih masa,jangan sia-siakan masa anda kerana anda tidak akan dibayar pun keculi ada arahan yang diberi oleh atasan.
Lagi 1, kerja sebagai jawatan PSH ini tiada paksaan, MAHU KERJA SILAKAN, X MAU KERJA TIADA MASALAH. Jika anda masih mampu hingga 60 tahun kerja sebagai PSH. Ia tidak ada masalah untuk diteruskan. Bergantung kepada sampai mana anda akan bertahan, tiada elaun, tiada pencen. Ok!
Untuk makluman juga, gaji kasar PSH ini sebanyak RM850 sahaja. Harga bayaran 1jam Overtime adalah sebanyak Rm4.71sen. Jadi, pilihan ada di tangan anda. Tq
Ulasan
Catat Ulasan