Bagaimana cara mengatasi masalah
Duplicate without user-selected canonical pada google search
console untuk plaftorm Blogspot blogger? berikut adalah cara fix cara fix
Duplicate without user selected canonical.
Namun sebelum itu, saya mahu terangkan sedikit mengenai kenapa berlakunya
masalah Duplicate without user-selected canonical pada
google webmaster ataupun google search console. Hal ini berlaku
kerana google tidak dapat menentukan
mana satu url untuk sesebuah artikel. Sebab Itulah google akan
mengkategori artikel anda TIDAK DIINDEX dengan alasan
Duplicate without user-selected canonical.
Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa google
tidak dapat menentukan mana satu url untuk sesebuah artikel kita? kerana post kita tidak dipasangi Canonical. Jadi bagaimana
cara mengatasi masalah ini?
Bagaimana cara mengatasi masalah Duplicate without user-selected canonical Untuk Blogger?
Berikut adalah cara mengatasi masalah Duplicate without user-selected canonical khas untuk platform blogspot.
1. Pertama, Pada halaman utama Google Search console. Pergi ke Index -
Pages.
2. Selepas itu, pilih Duplicate without user-selected canonical.
3. Pilih senarai Url yang anda ingin baiki - Klik INSPECT URL.
4. Selepas itu. Pergi ke blogger - Cari dan edit post yang anda ingin
pasangkan Canonical. - Edit as HTML.
5. Copy script dibawah ini dan tukarkan url LINK-POST kepada URL blog posts anda.
<link rel="canonical" href="LINK-POST" />
<link rel="alternate" media="only screen and (max-width: 640px)" href="LINK-POST" />
6. Paste code tersebut di paling atas, lihat contoh seperti dalam gambar
dibawah ini. Kemudian klik UPDATE.
7. Selepas itu, Kembali ke google search console. Klik INSPECT.
8. Akhir sekali, klik REQUEST INDEXING.
Begitulah cara mengatasi masalah Duplicate without user-selected canonical pada google search console untuk plaftorm Blogger / blogspot. Semoga
tutorial ini bermanfaat untuk anda disana dan jangan lupa untuk rate rating
blog saya dibawah ini. Terima kasih.
Catat Ulasan