Terbaru Cara Daftar SSM Secara Online 2022
SSM atau lebih dikenali sebagai SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) adalah merupakan sebuah badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Syarikat (ROC) dengan (ROB) di Malaysia yang mana berfungsi untuk mengawal selia syarikat & perniagaan. Dalam bahasa pasarnya adalah merupakan sebuah lesen tranding besar / sijil untuk sesebuah syarikat. Biasanya digunakan untuk kegunaan kerja² yang melibatkan kontrak, perniagaan, perkilangan atau sebagainya.
CARA DAFTAR SSM SECARA ONLINE 2022?
Jadi, bagaimana cara daftar SSM ini secara online? berikut adalah tutorial cara terbaru mendaftar ssm secara online 2022:
- Pertama, sila Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
- Tekan button SIGN UP untuk daftar kali pertama.
- Di ruangan ID TYPE, pilih NRIC untuk kad pengenalan.
- Masukkan nombor IC di ruangan ID NO dan isikan nama penuh di ruang NAME AS PER IC.
- Selepas itu, Tekan button REGISTER.
- Tahniah! Anda kini telah berdaftar sebagai pengguna di EzBiz, tetapi sabar. belum siap lagi. hehe. sekarang barulah anda buat langkah untuk mendaftar perniagaan di SSM.
- Untuk cara meneruskan pendaftaran SSM ini, anda perlu hadir di mana-mana kaunter SSM dengan membawa kad pengenalan anda dan notis yang diterima di emel pengguna yang anda daftar di EZBIZ tadi.
- Selepas anda pergi di mana² kaunter SSM. Mereka akan Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari anda untuk tujuan keselamatan maklumat.
- Setelah ID anda diaktifkan. Sila log in semula ke laman web ini https://ezbiz.ssm.com.my/
- Kemudian, untuk daftar SSM online ini, sila pilih MY BUSINESS SERVICE.
- Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
- Disitu. Sila isikan maklumat dan butiran² perniagaan dengan lengkap.
- Setelah itu, langkah seterusnya buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan.
- Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notis pengesahan dari SSM.
- Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu/dua jam dari waktu pembayaran yang anda buat.
Sila rujuk gambar dibawah ini untuk sedikit detail:
Begitulah cara daftar SSM secara online 2022. Semoga tutorial ringkas ini berguna untuk anda disana. Jika anda mempunyai sebarang persoalan. Sila tinggalkan komen dibawah sini. terima kasih
Ulasan
Catat Ulasan