Kehidupan gaji rm1200 (Jangan Menilai Gaji Orang Lain)
Bila kita sebut berkenaan gaji ini,ia adalah satu topik yang sensitif. Kadang-kadang,bila kita sudah berduit sedikit, kita seolah-olah lupa daratan dan memandang rendah terhadap pendapatan orang lain.
Kita perlu faham bahawa tidak semua orang rezekinya sama.Struggle mereka, mereka pendam sendiri. Ada yang punya degree,tetapi memilih untuk bekerja dengan gaji RM1200-RM1500. Berusaha mencari peluang pekerjaan lain tanpa henti. Mereka pilih untuk keluar dari kampung halaman,asal punya cara untuk dapat rezeki yang halal. Ada yang bergaji RM1200,tetapi hidup dia terasa cukup.Walaupun tiada simpanan,dia usaha buat 2-3 kerja untuk sara hidup dan keluarga. Tambah-tambah orang yang hidup berkeluarga di tengah bandar Kuala Lumpur, cabarannya 10 kali ganda lebih ekstrim berbading hidup di kampung.
Sewa rumah flat sahaja sudah mencecah RM700-RM1000 sebulan. Orang yang hadapi situasi seperti ini pasti sentiasa berfikir seribu satu cara untuk terus survive. Kita jangan terlalu taksub menilai gaji orang lain,kita perlu faham bahawa gaji RM1200 yang datang dari sumber yang halal adalah lebih baik daripada gaji RM12000 yang datang daripada sumber yang haram. Dan percayalah tidak semua orang yang gajinya besar itu bahagia,kadang-kadang bila sudah terbiasa dengan kesenangan,mereka seolah-olah lupa apa itu erti struggle.
Ulasan
Catat Ulasan