Apa Itu 1 Move (jogging dapat duit)
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang saya kasihi sekalian. Okey hari ini saya nak kongsikan kepada anda mengenai topik yang sangat tranding sekarang ini iaitu aplikasi 1MOVE. Apa itu 1move atau pengertian 1move? sebab kebanyakan dari media social mengatakan app 1move ini adalah "Jogging-jogging dapat duit" betul kah?😅😅
Apa Itu 1Move (jogging dapat duit)
Saya akan terangkan apa itu aplikasi 1move berdasarkan pengalaman, pandangan dan penggunaan saya selaku bermain aplikasi 1Move ini. Apa itu app 1move? aplikasi ini adalah merupakan sebuah program untuk kita menjana pendapatan dengan mata wang asing iaitu crypto. Apps 1move ini dha lama beroperasi namun info itu tak sampai pada kita. Cara 1move ini bekerja adalah dengan membeli sebuah jenis plan yang ditawarkan. Kalau tak beli, maka ia tidak boleh digunakan ya. Jadi, selepas kita beli plan tersebut, maka barulah 1move ini boleh digunakan. Bagaimana cara menggunanya? kita klik pada button Running dan mulakan berjoging sejauh mana yang kita mampu. Lagi jauh kita berlari, maka lagi banyak lah point yang akan kita dapat. Jadi point yang akan kita dapat itu boleh ditukarkan kepada mata wang asing dan barulah diconvert ke wang ringgit.
Apakah anda faham apa yang saya maksudkan? haha dalam bahasa pasarnya pula. 1move ini sebuah Apps je. Dan untuk bermain ini barang, kita kena ada modal sekurang-kurangnya RM1000 untuk harga 1 plan. 1 plan maksud saya disini adalah 1 kasut. Bukan kasut reality ya. haha kasut digital dalam apps 1move. Jadi harga sebuah kasut adalah sebanyak 1BNB. 1BNB bersamaan RM1120 mahal nya. Walaupun mahal, awak tidak akan rugi kerana pembayaran sekali seumur hidup dan anda juga boleh menjualnyajika anda tidak ingin memakainya lagi.
Okey selepas anda telah membeli contoh 1 kasut ne. Maka aplikasi 1move ini sudah pun boleh digunakan. Cara menggunakan adalah turn on aplikasi 1move anda dan bawa bersama-sama anda jogging kerana aplikasi ini bergantung kepada sejauh mana anda berjalan berdasarkan daripada tracking google maps. Jadi jangan lepaskan peluang ini.
Ulasan
Catat Ulasan