Memaparkan catatan dengan label Entertainment. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Entertainment. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Mei 2022

NASIHAT SAYA DARI PENGALAMAN KERJA SEBAGAI PSH.

NASIHAT SAYA DARI PENGALAMAN KERJA SEBAGAI PSH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang saya sayangiπŸ˜…. Okey, artikel kali ini akan saya kongsikan kepada anda mengenai isi hati pengalaman saya kerja sebagai jawatan PSH. Baca, fahami dan renungi lah sendiri dari isi hati saya sendiri sebelum buat keputusan untuk kerja sebagai PSH (Pekerja Sambilan Harian).

PSH atau lebih dikenali sebagai Pekerja Sambilan Harian adalah jawatan bertaraf sementara. Jangan anda fikir bahawa Jawatan PSH ini TETAP. Tidak, bila-bila masa anda akan dibuang. Jika kerja anda berperistasi bagus. Mungkin ada harapan ke jawatan tetap, itupun jika dapat bos yang bagus.

PSH ini kamu akan bekerja mengikut masa kerja (office hour) dari jam 8am-5pm. Jangan kerja lebih masa,jangan sia-siakan masa anda kerana anda tidak akan dibayar pun keculi ada arahan yang diberi oleh atasan.

Lagi 1, kerja sebagai jawatan PSH ini tiada paksaan, MAHU KERJA SILAKAN, X MAU KERJA TIADA MASALAH. Jika anda masih mampu hingga 60 tahun kerja sebagai PSH. Ia tidak ada masalah untuk diteruskan. Bergantung kepada sampai mana anda akan bertahan, tiada elaun, tiada pencen. Ok!

Untuk makluman juga, gaji kasar PSH ini sebanyak RM850 sahaja. Harga bayaran 1jam Overtime adalah sebanyak Rm4.71sen. Jadi, pilihan ada di tangan anda. Tq


Sabtu, 23 April 2022

Bayaran KWSP 10K Saya Tidak Masuk

Bayaran KWSP 10K Saya Tidak Masuk

Assalamualaikum dan salam sedunia semua. Hari ini saya agak kecewa sikit kerana bayaran KWSP 10K saya tak masuk. 


Bayaran KWSP 10K Saya Tak Masuk?

Ya.. Bayaran Akaun KWSP 10k ke akaun bank saya tidak masuk sampai sekarang kerana saya tidak membuat permohonan untuk keluarkan duit itu. Hehehe


Memang dalam usia mudah ne, saya tidak berpeluang memegang duit 10k secara cash kerana masa masih panjang guys.


Jadi, kepada mereka yang belum memohon pengeluaran khas. Anda boleh layari laman sesawang KWSP. 

Selasa, 12 April 2022

Download Subtitle Malay SRT Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Download Subtitle Malay SRT Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Download Subtitle Malay dalam format SRT untuk Film Doctor Strange (2022) in the Multiverse of Madness Subtitle. Dapatkan malay subtitle secara percuma untuk movie Doctor Strange in the Multiverse of Madness Subtitle. Semoga terhibur.


Doctor Strange in the Multiverse of Madness


Sedikit sinopsis mengenai film Doctor Strange in the Multiverse of Madness:


Berlatarkan peristiwa Avengers: Endgame, Dr. Stephen Strange bertemu dengan rakan lama yang bertukar menjadi musuh yang kini berusaha untuk memusnahkan setiap ahli sihir di Bumi. Dia melemparkan mantra terlarang yang membuka portal kepada multiverse dan mendedahkan kepada dunia ancaman yang terlalu besar untuk dia dan pasukannya tangani.


  • Format: SRT
  • File Size: 90Kb
  • Subtitle: Malay
  • Color: Yellow / white
Download Srt 

Ada pertanyaan, sila komen dubawah. Terima kasih!
Download Borang KWSP Untuk Daftar Ahli Baru PDF

Download Borang KWSP Untuk Daftar Ahli Baru PDF

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Hari ini saya nak kongsikan kepada anda mengenai borang KWSP yang perlu diisi untuk pendaftaran ahli baru dalam bentuk PDF. Jadi selepas ini, anda download borang tersebut melalui link dibawah ini dan tinggal anda Print nanti menggunakan size A4 berwarna. Pastikan ia berwarna ya.


Cara Download Borang KWSP Untuk Daftar Ahli Baru PDF:


Cara download borang ini mudah sahaja, pertama anda klik dulu link dibawah ini:

ylee1/Downloads/Registration_of_new_employee1114201493442AM4.pdf


Kemudian klik icon download pada bahagian atas. File size 90Kb format PDF.

Download Borang KWSP Untuk Daftar Ahli Baru PDF

Isikan butiran-butiran tersebut menggunakan pen dan hantarkan ke cewangan KWSP yang berdekatan. Semoga perkongsian ini membantu pada mereka disana. Ada komen? tulis dibawah. Terima kasih.

Isnin, 21 Februari 2022

Macam Mana Contoh Ujian Pisikometrik Bagi Pengambilan Jawatan Jurufotografi Gred B19?

Macam Mana Contoh Ujian Pisikometrik Bagi Pengambilan Jawatan Jurufotografi Gred B19?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang saya kasihi sekalian. Hari ini, saya nak kongsikan kepada anda mengenai pengalaman saya semasa menjawab soalan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) - Ujian psikometrik bagi pengambilan jawatan jurufotografi gred b19 (SKIM Perkhidmatan Bersepadu) Kementerian komunikasi dan multimedia Malaysia (SABAH).

Kementerian komunikasi dan multimedia Malaysia


Macam Mana Contoh Ujian Pisikometrik Bagi Pengambilan Jawatan Jurufotografi Gred B19?

Ujian ini tuan/puan akan diberikan masa menjawab soalan selama 1jam 30minit untuk 200 soalan ya. Jadi macam mana contoh soalan dia? "saya lupa screenshot hari tu, tetapi tidak apa. saya masih ingat contoh soalanya".


1: Jika bos anda berlaku tidak adil di tempat kerja. Adakah anda perlu membuat tindakan?

    A: Sangat setuju

    B: Setuju

    C: Tidak Pasti

    D: Tidak Setuju

    E: Sangat Tidak Setuju


2: Anda lewat datang di tempat kerja dan tidak ingin bekerja pada hari itu.

    A: Sangat setuju

    B: Setuju

    C: Tidak Pasti

    D: Tidak Setuju

    E: Sangat Tidak Setuju


3: Kerja berkumpulan boleh merosakkan perusahaan.

    A: Sangat setuju

    B: Setuju

    C: Tidak Pasti

    D: Tidak Setuju

    E: Sangat Tidak Setuju


4: Menjadi seorang ketua harus mempunyai batas pergaulan sesama pekerjanya.

    A: Sangat setuju

    B: Setuju

    C: Tidak Pasti

    D: Tidak Setuju

    E: Sangat Tidak Setuju


5: Pentingkan kerja daripada urusan keluarga.

    A: Sangat setuju

    B: Setuju

    C: Tidak Pasti

    D: Tidak Setuju

    E: Sangat Tidak Setuju


Begitulah Contoh Soalan / Ujian Pisikometrik Bagi Pengambilan Jawatan Jurufotografi Gred B19. Ia menguji kita tentang persetujuan / tindakan kita sebagai seorang pekerja sama ada layak untuk Jawatan Jurufotografi ataupun tidak. Anda hanya perlu menjawab setuju ataupun tidak. 


Namun, ini adalah TIPS. jangan sesekali menjawab TIDAK PASTI kerana jawapan itu bermaksud soalan tidak dijawab.


Semoga mereka yang diluar sana berjaya!

Jumaat, 17 Disember 2021

Gambar Pemain GDT FC (Gabungan Desa Tambunan) Edited by a.godion FULL HD

Gambar Pemain GDT FC (Gabungan Desa Tambunan) Edited by a.godion FULL HD

 Assalamualaikum semua, hari ini saya mau kongsikan kepada anda mengenai gambar pemain GDT FC (Gabungan Desa Tambunan) yang telah saya edit beberapa hari yang lepas menggunakan Adobe Photoshop. 


Gambar Pemain GDT FC (Gabungan Desa Tambunan) Edited by a.godion FULL HD:

Anda boleh dapatkan gambar berikut secara Origenal Size (Full HD) dengan cara klik gambar tersebut - klik - dan simpan ke storage anda.




Secara keseluruhnya. Saya mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk siapkan gambar seperti begini. Follow page FB saya Gdon Video untuk melihat lebih banyak lagi gambar-gambar menarik hasil editing saya. TQ

Isnin, 13 Disember 2021

Jangan Upload Video Yang Ada Kaitan Dengan Judi Di Youtube

Jangan Upload Video Yang Ada Kaitan Dengan Judi Di Youtube

Assalamualaikum semua, Hari ini saya ingin berkongsi dan justru meluah kepada anda mengenai kehilangan akaun youtube channel Gdon Video beberapa bulan yang lalu. Kepada anda yang masih ragu-ragu atau masih research mengenai topik ini. Silakan dibaca kerana ini adalah kisah benar pengalaman saya sendiri.

Jangan Upload Video Yang Ada Kaitan Dengan Judi Di Youtube:

Yaa, jangan sama sekali upload video di youtube yang berunsurkan judi atau yang ada kaitan dengan judi kerana anda tidak akan diberikan warning oleh youtube malahan akaun anda akan dipadam serta merta tanpa peringatan. Saya sudah buat experiment mengenai hal-hal ini dan sudah cuba buat ke beberapa akaun youtube milik saya sendiri tetapi tetap akan dipadam oleh youtube. 

Berikut adalah jenis-jenis konten yang berunsurkan judi atau yang ada kaitan dengan judi:
  • Cara daftar akaun (nama game Online)
  • Cara/tips/trik mendapatkan $$$ di (nama game Online).
  • Menang puluhan juta di slot (nama game Online)
  • Review kasin0 online games
  • Lain-lain, asalkan yang ada kaitan dengan kasin0 online games judi.

Sabtu, 6 November 2021

Unofficial Music Video Ptra Comot - Itu pilihanmu

Unofficial Music Video Ptra Comot - Itu pilihanmu

Berikut adalah unofficial music video Ptra Comot - Itu Pilihanmu. Tajuk lagu iti pilihanmu lirik dan penyanyi daripada Ptra Comot Arrangement Music by Nadwa Production.


Jangan lupa untuk support channel beliau dengan hit button subscribe, like dan share. Terima kasih!

Isnin, 24 Mei 2021

Download Movie, Software, Templates, Games & Pelbagai Lagi Di Filebundles

Download Movie, Software, Templates, Games & Pelbagai Lagi Di Filebundles

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kepada sahabat-sahabat ku yang saya kasihi sekalian. Ok! hari ini, saya mau berkongsikan sedikit mengenai blog baru parthner saya iaitu filebundles.

Filebundles


Apa itu filebundles?

Filebundles adalah merupakan sebuah laman web platform blogger yang mana konten nya adalah berbentuk download. Laman web ini dibuat untuk tujuan menyediakan software dan sebagainya untuk semua warganet. Semua data yang disediakan disana filebundles adalah percuma dan anda hanya tekan download sahaja untuk dapatkan files yang anda mahu.


Tujuan utama bagi filebundles ini adalah, menyediakan pautan file tersebut tanpa iklan yang menyesatkan pengunjung. Dengan beberapa langkah mudah sahaja anda sudah mendapatkan file yang anda mahu. Semoga laman web filebundles ini kekal berpanjangan dan lebih dikenali oleh semua orang. TQ

Liputan 3G Bakal Berakhir Di Tambunan [celcom]

Liputan 3G Bakal Berakhir Di Tambunan [celcom]

Berita baik buat warga Tambunan Sabah. Celcom kini dalam proses untuk menaik taraf teleco mereka ke arah yang lebih baik. Justru, mereka juga bermatlamat untuk mengakihiri liputan 3g ini di setiap cawangan. Dengan adanya pembaikan ini, warga tambunan akan menikmati kelajuan intrnet yang lebih pantas berbanding sebelum ini.

Liputan 3G Bakal Berakhir Di Tambunan
Pemberitahuan mengenai notis ini telah dibuat melalui banner yang telah terlekat di sepanjang jalan dari ranau ke pekan tambunan. Saya sedar semasa perjalanan balik ke rumah sebentar tadi. Mungkin, info ini sangat berguna bagi kita semua. Itu sebabnya saya kongsikan kepada anda semua disini.

Semoga info gembira ini menjadikan kita lebih gembira lagi. Haha



Jumaat, 14 Mei 2021

Kesihan Warga Emas Ambil BPR Fasa 2 Belum Masuk

Kesihan Warga Emas Ambil BPR Fasa 2 Belum Masuk

Pada 12/05/2021 (Rabu) sehari sebelum raya aidilfitri. Pembayaran BPR (Bantuan Perhatin Rakyat) fasa 2 masih lagi belum dibayar oleh sesetengah mereka yang masui belum sampai gilirannya.
Kesihan Warga Emas Ambil BPR Fasa 2 Belum Masuk

Kesihan Warga Emas Ambil BPR Fasa 2 Belum Masuk?

Peristiwa ini membuatkan saya terkecil hati setelah melihat kejadian ini. Pasa masa itu, saya pergi ke Bank simpanan nasional (BSN) untuk mengeluarkan beberapa wang untuk duit poket. Tetapi, pada ketika itu. Banyak sangat orang yang ingin mengeluarkan wang di ATM BSN. Mahu tidak mahu, terpaksa beratur dan berbaris di belakang.

Semasa beratur mengeluarkan wang di ATM, di hadapan saya adalah merupakan seorang lelaki tua. Tidak terlampau tua dan tidak terlampau mudah. Angaran umur lebih kurang 50 tahun. Kita berbaris panjang di belakang dari jam 9 am sampai lah 10.30 am. Namun, apa yang sedihnya adalah. Semasa orang tua itu melihat baki wang simpanan didalam bank nya. Terlihat sebanyak RM12.45 lagi. Maksudnya, bantuan khas oleh kerajaan (BPR) masih belum dikreditkan ke akaun orang tua tersebut.

Saya turut berasa sedih pada ketika itu. Sudahlah dari jauh, bersama-sama lagi menunggu dan berbaris panjang selama 1 jam yang semata-mata ingin mengambil wang yang diberikan oleh kerajaan. Namun, tiada 1 sen pun yang masuk ke akaun pacik.

Apa pun, semoga pacik tersebut mendapatkan rezeki yang luas, diberikan kesihatan yang baik dan jangan mengharap bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Akhir kata, ada juga la saya bagi beberapa wang poket kepada pacik tersebut untuk tambang balik.

Ahad, 7 Februari 2021

Cara Saya Daftar Akaun KWSP Di Ranau

Cara Saya Daftar Akaun KWSP Di Ranau

Pada mulanya, saya berniat untuk pergi ke KWSP Keningau, tapi. Tu kawan bilang, ada juga di sini Ranau. Sana Bank CIMB katanya. So. Saya pergi la. 
Cimb di ranau

Syukur, pada masa tu, tidak ramai orang di situ. Ada la cuma di barisan urusan CIMB sahaja. Jadi, pertama tu, macam biasa la kan SOP. Saya baris dulu di barisan untuk kwsap. Selepas giliran saya, saya masuk dan scan mysejahtera. Lepas itu, saya teda tau mana tu bahagian untuk buat akaun kwsp. Terus, saya tanya pekerja disitu dan dia tunjuk tu atm KWSP.

Dekat ATM itu, dia mintakan untuk memasukan Kad pengenalan. Lepas tu, saya masukkan kad pengenalan saya dan keluarlah langkah-langkah selanjutnya di screen moniter atm kwsp.

Seterusnya, saya tekan bahasa melayu ➝ buat akaun ➝ masukkan nombor telefon yang aktif dan tumprint. Terus dalam hati saya, begitu je?? mudahnya buat akaun kwsap

Lepas itu, keluarlah kertas penyata id kita, nombor ic, nama dan sebagainya. Tapi, jangan anda lupa. Sila cek sms dari kwsap yang anda daftarkan nombor telefon tadi sebab disitu, dia akan bagi Password untuk anda daftarkan ke kwsap online. 

Baca juga:
Cara Daftar Akaun KWSP Online

Begitulah cara paling paling mudah untuk buat akaun KWSP secara atm sahaja. Tidak perlu ke kaunter pendaftaran kerana benda tu semuanya boleh buat di atm jeeee. Ok terima kasih.

Khamis, 28 Januari 2021

Sahili Rambuan Gambar Album

Sahili Rambuan Gambar Album

Sahili rambuan gambar album
Assalamualaikum dan hai, Hari ini. saya just mahu simpan gambar yang teramat penting untuk kenangan buat santapan kelak. Iaitu gambar album artis kampung libang ulu tambunan Sahili rambuan @ Sohili Rombuon atau lebih dikenali sebagai sahili hamidin.
Gambar pgn sahili rambuan

Ia berasal daripada kampung libang ulu tambunan dan kini telah pun menetap disana. Terdapat beberapa album yang telah beliau hasilkan dan kini, telahpun diterbitkan di youtube. Semak album tersebut melalui button yang telah saya pautkan dibawah ini.

page of Download gambar album wallpaper sahili rambuan @ sohili rombuan hamidin kampung libang ulu tambunan sabah.

Jumaat, 11 Disember 2020

Update Dimana Tempat Ambil Barang City-Link Tambunan

Update Dimana Tempat Ambil Barang City-Link Tambunan

Dimana tempat mengambil barang pos untuk city-link di daerah Tambunan? Ajen baru Pos City-Link tambunan kini telah dipindahkan di sebelah Sabindo lama Tambunan Sabah.
City-link wallpaper

Terkini Tempat Ambil Barang City-Link Tambunan 

Hai³, baru-baru ini saya pertama kali terima barang dari pos City-Link. Lepas tu, saya pg la ambil barang tu di tempat biasa J&T express. Tetapi, diurang bilang,,, diurang bukan lagi agen untuk city-link. Jadi, agen city-link sekarang di sana sebelah sabindo lama.

Lepas tu, saya pg la cek. Rupa-rupanya di sini pula. Kecil pejabat dia, sebalah kanan sabindo lama:
Disitulah agen baru untuk city-link baru di tambunan. Masih belum ada lagi pejabat city-link di daerah tambunan. Jadi, semoga perkongsian saya ne membantu anda disana. Sekian!

Khamis, 19 November 2020

Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan (Belanjawan 2021)

Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan (Belanjawan 2021)

Sudahkah anda membuat permohonan untuk Bantuan Warga Emas RM500 ringgit sebulan untuk ibubapa atau atuk nenek anda? 
Kalau belum, boleh daftar permohonan sekarang melalui pautan ini, atau jika sudah didaftarkan. Sila kemaskini semula untuk dapatkan bantuan khusus kepada warga emas sebanyak Rm300 kepada Rm500 sebulan.




Antara dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan baru adalah:

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, penambahan, lain-lain dan sebagainya. Sila tinggalkan komen anda dibawah ini. Terima kasih.

#BantuanKerajaan #gdonvideo

Sabtu, 14 November 2020

Majlis Perpisahan PE MDTBN (30/10/2020)

Majlis Perpisahan PE MDTBN (30/10/2020)

Majlis perpisahan pegawai majlis daerah En. Jupirin Bin Haji Ruhimin 30 Oktober 2020 bilik, MDTBN.


En. Jupirian Bin HJ Ruhimin adalah merupakan (PE) Pegawai Eksekurif Majlis tambunan dan beliau berkhidmat disini MDTBN semenjak tahun 2014 sehinggalah 2020 tahun ini. 

Walau bagaimana pun, bulan 12 ini adalah merupakan tarikh akhir beliau berkhidmat sebagai PE majlis daerah (kalau tidak silap saya), namun beliau tidak menolak dengan apa jua tawaran / arahan daripada atasan.



2hb November 2020, beliau akan berpindah ke Majlis Dearah Ranau. Segala usaha & pengorbanan beliau keatas daerah Tambunan ini amatlah kami hargai. Selamat bertugas!

Khamis, 24 September 2020

Lirik Lagu Sahili Rambuan - Bukit Nanas (Tangga 1001)

Lirik Lagu Sahili Rambuan - Bukit Nanas (Tangga 1001)

Berikut adalah lirik lagu Sahili Rambuan - bukit nanas tangga seribu satu official music kampung libang ulu tambunan,sabah. Jangan lupa untuk subscribe channel ini, like and SHARE!
 

LINUMIS DILO NULU DI POINSORILI
TINOMOU DILO KAYU DI POINSANDAD
WAIG LUMUYUNG OKITO ONINITING

GOMPIO TOKOU NO KOLUMISON DI POINSORILI
MOI DO OINTUTUNAN DO POGUN DO SUAI
MOI OINTUTUNAN DO TULUN DO SUAI

OLUMIS TOMOD OH KOPURIMANAN DO HITI
TONGUS DI ALAMBAYAD OSOGIT TOPURIMANAN
OLUMIS TOMOD OH KOKITANAN DO HITI
PINUNGARANAN DO BUKIT NANAS TANGGA SERIBU SATU

PASON KU KUMAA SUKOD WAGU
TILOMBUSO ITI PISOMPURUAN
PISOKODUNGAN MOGOWIT DO PIULUDAN

OLUMIS TOMOD OH KOPURIMANAN DO HITI
TONGUS DI ALAMBAYAD OSOGIT TOPURIMANAN
OLUMIS TOMOD OH KOKITANAN DO HITI
PINUNGARANAN DO BUKIT NANAS TANGGA SERIBU SATU

PASON KU KUMAA SUKOD WAGU
TILOMBUSO ITI PISOMPURUAN
PISOKODUNGAN MOGOWIT DO PIULUDAN
View Kampung Libang ulu tambunan

Rabu, 2 September 2020

2D Animation Transaction Green Screen By Gdon Video

2D Animation Transaction Green Screen By Gdon Video

Beberapa minggu yang lalu, saya dapat hasilkan 5 jenis transaction 2D ala-ala liquid yang mana hanya menggunakkan adobe After effect sahaja. Secara kongsepnya, saya hanya gunakan solid, mask patch dan easy ease agar nampak lebih smooth walaupun 24fps sahaja.

2D Animation Transection Green Screen By Gdon Video

2D Animation Transaction Green Screen By Gdon Video:

Anda boleh mendapatkan transaction ini secara percuma disini melalui Google Drive. File ini berformatkan mp4 dan background GREEN SCREEN

Format: ZIP
File Format: mp4
Server: Google Drive
File Size: 1.06mb

Jangan lupa follow blog saya Gdonvideo.com dan subscribe channel Gdon Video supaya sya lebih semangat lagi mau buat banyak design. 😜😜😜😜😜😜

Isnin, 1 Jun 2020

Footage Gambar - Efek tangan berapi Gdon Video

Footage Gambar - Efek tangan berapi Gdon Video

Efek tangan berapi Photoshop footage
Salam perpaduan semua! ok gaiss, hari ini saya mau kongsikan kepada anda tentang footage gambar yang telah saya edit beberapa minggu yang lalu. Siapa tau ada diantara mereka yang mahu belajar mengedit seperti gambar saya ini. Nhaa berikut adalah link footage gambar dibawah ini. Boleh dapatkan secara percuma:


Dan jangan lupa SUBSCRIBE channel saya GDON VIDEO. Ini dia video sepintas lalu semasa proses editing ini gambar. Saya teda buat video secara live sebab ia memakan masa 4jam rekoding. Jadi, saya buat secara slide show sahaja. 


Ok! demikin perkongsian ringkas saya pada hari ini. Babai dan jangan kamu lupa follow facebook Page saya Gdon Video dan IG a.godion arr.

Rabu, 29 April 2020

Footage - Making Sarada Wallpaper By Gdon Youtube

Footage - Making Sarada Wallpaper By Gdon Youtube

 Sarada Wallpaper Photoshop
Seperti biasa, gambar yang saya hasilkan adalah hasil tangan dan idea saya sendiri. Software yang saya gunakan adalah Adobe Photoshop CS6 64bit. Editing pada kali memakan masa lebih kurang 48minit. Kalau ditolak part-part sambil lewah. Mungkin lebih kurang 14minit sahaja boleh selasai edit gambar seperti ini.

Ok. Disini, saya ada juga kongsikan kepada anda tentang footage atau kalau orang biasa bilang, bahan-bahan dia yang saya gunakan semasa proses editing gambar Sarada ini. Siapa tau anda disana mahu belajar edit seperti dalam gambar yang saya edit ne kan? Nhaa, ini dia footage dia.

Perihal file:
Saiz: 4.7Mb
Format: Zip
Host: Google Drive


Dan jangan kamu lupa Subscribe, Like & Share channel Gdon Video arr.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, penambahan, hal-hal lain dan sebagainya. Sila tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Babii dan terima kasih!