Memaparkan catatan dengan label Entertainment. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Entertainment. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Mei 2022

NASIHAT SAYA DARI PENGALAMAN KERJA SEBAGAI PSH.

NASIHAT SAYA DARI PENGALAMAN KERJA SEBAGAI PSH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang saya sayangi😅. Okey, artikel kali ini akan saya kongsikan kepada anda mengenai isi hati pengalaman saya kerja sebagai jawatan PSH. Baca, fahami dan renungi lah sendiri dari isi hati saya sendiri sebelum buat keputusan untuk kerja sebagai PSH (Pekerja Sambilan Harian).

PSH atau lebih dikenali sebagai Pekerja Sambilan Harian adalah jawatan bertaraf sementara. Jangan anda fikir bahawa Jawatan PSH ini TETAP. Tidak, bila-bila masa anda akan dibuang. Jika kerja anda berperistasi bagus. Mungkin ada harapan ke jawatan tetap, itupun jika dapat bos yang bagus.

PSH ini kamu akan bekerja mengikut masa kerja (office hour) dari jam 8am-5pm. Jangan kerja lebih masa,jangan sia-siakan masa anda kerana anda tidak akan dibayar pun keculi ada arahan yang diberi oleh atasan.

Lagi 1, kerja sebagai jawatan PSH ini tiada paksaan, MAHU KERJA SILAKAN, X MAU KERJA TIADA MASALAH. Jika anda masih mampu hingga 60 tahun kerja sebagai PSH. Ia tidak ada masalah untuk diteruskan. Bergantung kepada sampai mana anda akan bertahan, tiada elaun, tiada pencen. Ok!

Untuk makluman juga, gaji kasar PSH ini sebanyak RM850 sahaja. Harga bayaran 1jam Overtime adalah sebanyak Rm4.71sen. Jadi, pilihan ada di tangan anda. Tq


Selasa, 12 April 2022

Download Subtitle Malay SRT Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Download Subtitle Malay SRT Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Download Subtitle Malay dalam format SRT untuk Film Doctor Strange (2022) in the Multiverse of Madness Subtitle. Dapatkan malay subtitle secara percuma untuk movie Doctor Strange in the Multiverse of Madness Subtitle. Semoga terhibur.


Doctor Strange in the Multiverse of Madness


Sedikit sinopsis mengenai film Doctor Strange in the Multiverse of Madness:


Berlatarkan peristiwa Avengers: Endgame, Dr. Stephen Strange bertemu dengan rakan lama yang bertukar menjadi musuh yang kini berusaha untuk memusnahkan setiap ahli sihir di Bumi. Dia melemparkan mantra terlarang yang membuka portal kepada multiverse dan mendedahkan kepada dunia ancaman yang terlalu besar untuk dia dan pasukannya tangani.


  • Format: SRT
  • File Size: 90Kb
  • Subtitle: Malay
  • Color: Yellow / white
Download Srt 

Ada pertanyaan, sila komen dubawah. Terima kasih!
Download Borang KWSP Untuk Daftar Ahli Baru PDF

Download Borang KWSP Untuk Daftar Ahli Baru PDF

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Hari ini saya nak kongsikan kepada anda mengenai borang KWSP yang perlu diisi untuk pendaftaran ahli baru dalam bentuk PDF. Jadi selepas ini, anda download borang tersebut melalui link dibawah ini dan tinggal anda Print nanti menggunakan size A4 berwarna. Pastikan ia berwarna ya.


Cara Download Borang KWSP Untuk Daftar Ahli Baru PDF:


Cara download borang ini mudah sahaja, pertama anda klik dulu link dibawah ini:

ylee1/Downloads/Registration_of_new_employee1114201493442AM4.pdf


Kemudian klik icon download pada bahagian atas. File size 90Kb format PDF.

Download Borang KWSP Untuk Daftar Ahli Baru PDF

Isikan butiran-butiran tersebut menggunakan pen dan hantarkan ke cewangan KWSP yang berdekatan. Semoga perkongsian ini membantu pada mereka disana. Ada komen? tulis dibawah. Terima kasih.

Isnin, 21 Februari 2022

Macam Mana Contoh Ujian Pisikometrik Bagi Pengambilan Jawatan Jurufotografi Gred B19?

Macam Mana Contoh Ujian Pisikometrik Bagi Pengambilan Jawatan Jurufotografi Gred B19?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang saya kasihi sekalian. Hari ini, saya nak kongsikan kepada anda mengenai pengalaman saya semasa menjawab soalan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) - Ujian psikometrik bagi pengambilan jawatan jurufotografi gred b19 (SKIM Perkhidmatan Bersepadu) Kementerian komunikasi dan multimedia Malaysia (SABAH).

Kementerian komunikasi dan multimedia Malaysia


Macam Mana Contoh Ujian Pisikometrik Bagi Pengambilan Jawatan Jurufotografi Gred B19?

Ujian ini tuan/puan akan diberikan masa menjawab soalan selama 1jam 30minit untuk 200 soalan ya. Jadi macam mana contoh soalan dia? "saya lupa screenshot hari tu, tetapi tidak apa. saya masih ingat contoh soalanya".


1: Jika bos anda berlaku tidak adil di tempat kerja. Adakah anda perlu membuat tindakan?

    A: Sangat setuju

    B: Setuju

    C: Tidak Pasti

    D: Tidak Setuju

    E: Sangat Tidak Setuju


2: Anda lewat datang di tempat kerja dan tidak ingin bekerja pada hari itu.

    A: Sangat setuju

    B: Setuju

    C: Tidak Pasti

    D: Tidak Setuju

    E: Sangat Tidak Setuju


3: Kerja berkumpulan boleh merosakkan perusahaan.

    A: Sangat setuju

    B: Setuju

    C: Tidak Pasti

    D: Tidak Setuju

    E: Sangat Tidak Setuju


4: Menjadi seorang ketua harus mempunyai batas pergaulan sesama pekerjanya.

    A: Sangat setuju

    B: Setuju

    C: Tidak Pasti

    D: Tidak Setuju

    E: Sangat Tidak Setuju


5: Pentingkan kerja daripada urusan keluarga.

    A: Sangat setuju

    B: Setuju

    C: Tidak Pasti

    D: Tidak Setuju

    E: Sangat Tidak Setuju


Begitulah Contoh Soalan / Ujian Pisikometrik Bagi Pengambilan Jawatan Jurufotografi Gred B19. Ia menguji kita tentang persetujuan / tindakan kita sebagai seorang pekerja sama ada layak untuk Jawatan Jurufotografi ataupun tidak. Anda hanya perlu menjawab setuju ataupun tidak. 


Namun, ini adalah TIPS. jangan sesekali menjawab TIDAK PASTI kerana jawapan itu bermaksud soalan tidak dijawab.


Semoga mereka yang diluar sana berjaya!

Jumaat, 17 Disember 2021

Gambar Pemain GDT FC (Gabungan Desa Tambunan) Edited by a.godion FULL HD

Gambar Pemain GDT FC (Gabungan Desa Tambunan) Edited by a.godion FULL HD

 Assalamualaikum semua, hari ini saya mau kongsikan kepada anda mengenai gambar pemain GDT FC (Gabungan Desa Tambunan) yang telah saya edit beberapa hari yang lepas menggunakan Adobe Photoshop. 


Gambar Pemain GDT FC (Gabungan Desa Tambunan) Edited by a.godion FULL HD:

Anda boleh dapatkan gambar berikut secara Origenal Size (Full HD) dengan cara klik gambar tersebut - klik - dan simpan ke storage anda.




Secara keseluruhnya. Saya mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk siapkan gambar seperti begini. Follow page FB saya Gdon Video untuk melihat lebih banyak lagi gambar-gambar menarik hasil editing saya. TQ

Isnin, 13 Disember 2021

Jangan Upload Video Yang Ada Kaitan Dengan Judi Di Youtube

Jangan Upload Video Yang Ada Kaitan Dengan Judi Di Youtube

Assalamualaikum semua, Hari ini saya ingin berkongsi dan justru meluah kepada anda mengenai kehilangan akaun youtube channel Gdon Video beberapa bulan yang lalu. Kepada anda yang masih ragu-ragu atau masih research mengenai topik ini. Silakan dibaca kerana ini adalah kisah benar pengalaman saya sendiri.

Jangan Upload Video Yang Ada Kaitan Dengan Judi Di Youtube:

Yaa, jangan sama sekali upload video di youtube yang berunsurkan judi atau yang ada kaitan dengan judi kerana anda tidak akan diberikan warning oleh youtube malahan akaun anda akan dipadam serta merta tanpa peringatan. Saya sudah buat experiment mengenai hal-hal ini dan sudah cuba buat ke beberapa akaun youtube milik saya sendiri tetapi tetap akan dipadam oleh youtube. 

Berikut adalah jenis-jenis konten yang berunsurkan judi atau yang ada kaitan dengan judi:
  • Cara daftar akaun (nama game Online)
  • Cara/tips/trik mendapatkan $$$ di (nama game Online).
  • Menang puluhan juta di slot (nama game Online)
  • Review kasin0 online games
  • Lain-lain, asalkan yang ada kaitan dengan kasin0 online games judi.