Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kesihatan

Cara Tradisional Orang Dusun Mengubati Kudis Buta

Imej
 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang saya kasihi sekalian. Hari ini, saya akan kongsikan kepada anda mengenai Bagaimana cara orang dusun cara Tradisional mengubati kudis buta atau lebih disebutkan sebagai Ulayon . Beberapa hari yang lepas, saya terkena kudis buta. Pada mulanya, bintik-bintik merah hanya ada di tangan sebelah kiri saya. Namun, kedua hari itu, ia merebak ke sebelah tangan kanan dan seterusnya ke kepala badan.  Plan pada mulanya, saya nak pergi ke hospital tetapi.. takut nanti pihak hospital buat pemantawan setiap hari di rumah. hehehehe. Jadi saya baliklah ke kampung untuk minta rawatan tradisional. Kebetulan disana, ada yang pandai melihat (Bomoh cara muslim). Setelah itu, ini yang dia suruh: Ambil kulit kayu TAKAPU atau kulit kayu KAPU. Jangan dibuka durinya. Setelah itu, rebus kulit kayu itu sampai mendidih. Minum air kulit kayu itu. Selebihnya buatkan untuk dimandi. Kulit kayu Takapu atau lebih dikenali sebagai Kapu ini adalah sejenis